Thursday, 13 July 2017

CIRI CIRI WAHABI ( SEDIKIT SEBANYAK)

CIRI CIRI WAHABI

AQIDAH (mereka membahagi tauhid kepada tiga bahagian)
(i)Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
(ii)Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tauhid Asma’ dan Sifat: Tauhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
1) Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa penjelasan terperinci dari ulama-ulama yang mu’tabar
EXAMPLES :
* Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai “surah” atau rupa
*Menterjemahkan istiwa’ sebagai bersemayam/bersila
*Merterjemahkan yad sebagai tangan
*Menterjemahkan wajh sebagai muka
*Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah
'ulya)
2) Menolak dan menganggap tauhid sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkanfalsafah Yunani dan Greek.
3) Menuduh bahwa amalan memuliakan Rasulullah SAW [membaca maulid dll] membawa kepada perbuatan syirik.
4) Golongan mereka ini dikenal sebagai al-Hasyawiyyah, al-Musyabbihah, al-
Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah.
SIKAP
1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
HADIS
1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
ULUM QURAN
1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil)
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat.
FIQH
1.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab
2.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
NAJIS
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir.
WUDHU
1. Tidak menerima konsep air musta’mal
SOLAT
1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar

No comments:

Post a Comment